Ahad, 8 Februari 2015

Apa Maksud Kalori?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog lizadzri. Liza doakan anda semua sihat sejahtera selalu bersama keluarga tersayang. Hari ni Liza nak share tentang kalori. 


Nak tahu, kalori sangat diperlukan oleh badan manusia. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori yang diperlukan kerana sangat membantu tubuh badan berfungsi dengan baik.

Tapi apa maksud kalori?

Kalori ialah satu unit tenaga atau satu unit measurement untuk tubuh badan. Nak senang faham, setiap makanan yang dimakan masuk ke dalam badan adalah dalam bentuk kalori.
Kalori pula akan digunakan oleh tubuh badan untuk ditukar menjadi tenaga. Nilai kalori dalam makanan mengandungi 3 unsur macronutrient iaitu karbohidrat, protein dan lemak. 1g Karbohidrat bersamaan 4kcal, 1g Protein bersamaan 4kcal dan 1g Lemak bersamaan 9kcal.

Sebagai contoh, pengiraan kalori dalam makanan AAA jika mengandungi 20g karbohidrat, 20g protein dan 20g lemak adalah 340kcal. Jika dimakan jumlah kalori yang masuk dalam tubuh badan sebanyak 340 kalori.

                       (20g x 4) + (20g x 4) + (20g  9) = 340kcal

Salah satu cara nak tahu berapa nilai kalori dalam sesuatu makanan adalah dengan melihat label di makanan yang kita ambil. Contoh seperti gambar di bawah.

Gambar 1
Gambar 2

Kalori yang digunakan oleh tubuh badan pula akan ditukar kepada tenaga. Jadi apa sahaja yang dilakukan oleh kita dalam aktiviti harian semuanya menggunakan kalori. Maksudnya tenaga ini disukat mengunakan unit kalori.

Contohnya seorang perempuan dengan berat badan 60kg yang telah berjalan kaki dengan cepat selama 30 minit telah menggunakan 122kcal. Jika beliau berenang selama 30 minit akan menggunakan 328kcal.

Berjalan Cepat

Berenang
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama memahami apa itu kalori. Kalori sangat penting untuk tubuh badan kita. Jadi sangat penting mengambil tahu mengenainya.

Selain maksud kalori, perkara lain yang sangat penting juga berhubung kait dengan kalori ialah BMI,  BMR dan DCR. Nak tahu? Nantikan post yang akan datang yea.

Semoga anda semua sihat ceria bersama keluarga tersayang. Sila share jika post ini sangat bermanfaat kepada semua. Terima kasih.




9 ulasan: