• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Sabtu, 22 September 2018

PENGALAMAN PERTAMA NAIK BECA DI MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi. Liza ucapkan semua pembaca blog lizadzri sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan. Amiinn.

Pagi ni Liza nak kongsi pengalaman pertama liza dan suami naik beca di Bandar Hilir Melaka hehehe. 

Kami sebenarnya dah banyak kali datang Melaka. Kekadang datang balik hari jer. Saja datang makan-makan dan saja jalan-jalan. Setiap kali datang, mesti pergi Banda hilir. Selalulah nampak pelawat-pelawat lain naik beca.

Jadi lawatan kali kami ambil keputusan nak merasa naik beca. Kami pergi semasa hari bekerja dan bukan waktu cuti sekolah. Sampai sana kami parking kereta di Menara Taming Sari. Masa tu banyak sangat parking. Boleh pilih mana nak. Berbanding kalau pergi waktu hari minggu. Memang susah nak cari parking.

Di menara Taming Sari, kami disapa pemandu beca. Pelawa untuk menggunakan perkhidmatannya. Caj yang dikenakan sebanyak RM 25 waktu tu. Kami akan dibawa pusing di kawasan sekitar tu jer.

Senyum je


Dengan menaiki beca, pemandu membawa kami melawat ke A'Farmosa. Beliau menceritakan serba sedikit tentang A'Farmosa ni. Dia jugalah yang tolong tangkap gambar kami berdua.






Kemudian kami dibawa ke kawasan muzium-muzium yang terdapat di sebelah A'Farmosa. Disebabkan kami tidak mahu singgah muzium, pemandu terus bawa kami ke Medan Samudera dan Muzium Samudera.

Last, kami akan di bawa ke Menara Taming Sari semula dan berakhirlah round kami naiki beca, tetapi kami request mahu ke gerai cendol Jam Besar

Sampai sana, kami order cendol Ice Cream dan Cendol Biasa satu. Penat-penat dan haus sedap pekene cendol ni. selain cendol ada lagi menu lain yang dijual. Paling menarik Liza tengok, air jus tembikai yang diblend dalam buah sahaja, tanpa dibelah dan hanya ditebuk.


Dah minum cendol, kami hanya berjalan kaki sahaja ke Taman sebelah Menara Taming Sari. Saja duduk rehat. Tak panas sebab banyak pokok. Sembang-sembang sambil tengok gelagat pelawat lalu lalang. Dah rehat, kami pun mulakan perjalanan pulang semula ke Shah Alam.



Bagi Liza, sesiapa yang bawa mak ayah yang tidak larat atau ada anak kecil sesuai juga naik beca. Tetapi bagi Liza, lagi puas kalau jalan kaki sahaja sebab tempat lawatan di Banda Hilir ni dekat antara satu sama lain. 

Setakat ini dulu perkongsian dari Liza. Semoga pengalaman ini memberi sedikit input untuk sesiapa yang mahu naik beca kat Banda Hilir ni.

Terima kasih.





Sabtu, 22 November 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Assalammualaikum selamat petang semua. 


Hari ini bermulalah persekolahan sesi hujung tahun yang panjang kan. Hehehe, masa ni emak pun suka juga. Jika tak emak-emak pun sibuk di pagi hari.



Anak-anak mesti mulalah tanya nak pergi mana jalan-jalan masa cuti sekolah ni?

Liza ada cadangan.

JAMBATAN PULAU PINANG KE DUA

Jambatan ni sangat cantik dan lebih panjang dari jambatan yang pertama.

Ni gambar-gambar yang diambil semasa melalui jambatan ini.


Dari lebuhraya PLUS

Kene pilih Plaza Tol A

Plaza tol Acasia

Memang tak banyak lagi kereta yang lalu sini

Macam kat Putrajaya pun ada, kan ?

Time ni memang memandu dengan perlahan jer, sebab nak menikmati keindahan alam

Dah nak sampai dah kat pulau

Sampi dah kat Pulau

Canti-cantik kan? Masa ni cuaca sangat cantik. terang menerang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat memberi idea kepada ibu bapa untuk merancang percutian masa cuti sekolah ini.

Teima kasih kerana membaca.