• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Ahad, 1 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Assalammualaikum Semua. Liza doakan semua pembaca blog Lizadzri sihat sejahtera hendaknya.

Hari ni dah 01/01/2017. So, Liza ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Masuk jer tahun baru, semua ada azam baru kan? Hehe. 

Tak terkecuali Liza pun. Semoga semua azam kita akan tercapai In Sha Allah.

Selalunya, hari istimewa seperti Tahun Baru ni, banyak kawan-kawan kongsi kata-kata yang menarik ke personal atau group whatsap kan. 

Selain itu, banyak lagi saluran yang lain kawan kita wish ucapan seperti di facebook, weechat dan telegaram.

Liza nak kongsi antara yang kawan-kawan Liza bagi. Tapi tak tau dari mana sumbernya mereka perolehi. Ada yang formal, kartun dan ayat berbentuk nasihat. Janji bukan yang negatifkan!

Jom kita tengok kat bawah ni.





Ni jer yang Liza kongsi. Selamat Tahun Baru dan selamat bercuti. Syok bila cuti am jatuh hari Ahad kan. Boleh sambung cuti ke hari Isnin. Hehe. Ok. Liza doakan semua dipermudahkan segala urusan. Amiinn.




Ahad, 30 Ogos 2015

NASI AYAM CHICKEN RICE SHOP TAK SEDAP?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Nak citer, tengahari tadi LIza dan suami jalan-jalan cari makan kat Shah Alam. Hari ni cuti, so kami pun ambil kesempatan nak celebrate hari penting kami berdua.

Hari penting tu sebenarnya sebab hari Jadi Liza dan suami hampir tarikhnya. Suami 26 Ogos dan Liza pula 28 Ogos. Jadi setiap tahun memang kami raikan bersama-sama. Alhamdulillah, a lot of Syukur pada Allah SWT.

So, kami memilih nak makan-makan jer semperna celebrate ni. Pilihan kami makan kat Restoran Chicken Rice Shop jer kat Giant Shah Alam Seksyen 13.

Keadaan dalam restoren
Kenapa memilih restoran ini

Sebabnya masing-masing tak pernah makan dekat sini. So, nak mencuba. Sedap ke tidak?

Sampai jer kat restoran teragak-agak. Duduk meja terus or akan ada pelayan yang datang. Bila tengok ada buku menu kat atas meja macam gambar atas tu, kami decided ni mesti ada pelayan yang datang.

Eh! Memang betul tekaan kami ada pelayan datang tanya order. Tapi belum sempat nak selak-selak menu, pelayan wanita ni terus offer menu terbaik pada kami. Ayam Panggang Nusantara. 

Dengan kecekapan dia, kami pun setuju. Dalam hati berkata, pandai dia mempengaruhi emosi pelanggan dan akhirnya pelanggan setuju walaupun harganya boleh tahan.


Menu 
Kat atas tu menunya. Kami pilih set untuk 2 orang. Bila makanan sampai. Tu dia, puas hati. Penuh satu meja. Boleh habis ke ni. 

Berselera
Ayam Panggang Nusantara

Penuh Meja
Makanan sampai kami pun terus merasa semua makanan dahulu. Pendapat kami memang sedap. Kat bawah ni jom tengok gambar-gambar yang kami snap lagi. Menyelerakan betul!
Ayam Roasted

Nyonya Pai Tee

Sai To Fish Soup

Pak Choy With Oyster Sauce

Nasi Ayam
Alhamdulillah. Memang kenyang sangat. Liza makan tak banyak. Suami yang tolong habiskan semua. Memang puas hati. Sesuai dengan harga yang dikenakan.

Licin kecuali sup sebab agak berbau ayam..hehehe
Dah habis makan rehat sekejap kat meja. Di perhatikan ramai pelanggan bersilih ganti memasuki restoran ini. Emm boleh tahan juga.


Masa nak bayar kena pergi ke kaunter. Total kena bayar RM 46.00. Bukan RM 44.90 macam kat iklan menu sebab tukar air 1 gelas dari air Mountain Dew kepada ais milo. Bila tukar air kena caj tambahan RM 1.10. Macam KFC pula. Hehehe.

Resit
Ni resit bayaran tadi. Berbaloila juga. Liza suka sangat kat sayur Pak Choy tu. Suami pula suka Nyonya Pai Tee sebab crunchy. 

Ayam panggang nusantara ni mirip nasi penyet jer. Persamaan set nya sama. Ada 2 jenis sambal, ayam, tauhu goreng, tempe goreng dan ulam. Bezanya hanya ayam panggang dan ayam goreng.  

So, Kesimpulannya akan datang In Shaa Allah boleh datang lagi. Harap perkongsian Liza ini dapat memberi manfaat sedikit bagi siapa-siapa yang macam LIza yang pertama kali datang makan kat sini.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan indah ini.






Ahad, 8 Februari 2015

Apa Maksud Kalori?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog lizadzri. Liza doakan anda semua sihat sejahtera selalu bersama keluarga tersayang. Hari ni Liza nak share tentang kalori. 


Nak tahu, kalori sangat diperlukan oleh badan manusia. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori yang diperlukan kerana sangat membantu tubuh badan berfungsi dengan baik.

Tapi apa maksud kalori?

Kalori ialah satu unit tenaga atau satu unit measurement untuk tubuh badan. Nak senang faham, setiap makanan yang dimakan masuk ke dalam badan adalah dalam bentuk kalori.
Kalori pula akan digunakan oleh tubuh badan untuk ditukar menjadi tenaga. Nilai kalori dalam makanan mengandungi 3 unsur macronutrient iaitu karbohidrat, protein dan lemak. 1g Karbohidrat bersamaan 4kcal, 1g Protein bersamaan 4kcal dan 1g Lemak bersamaan 9kcal.

Sebagai contoh, pengiraan kalori dalam makanan AAA jika mengandungi 20g karbohidrat, 20g protein dan 20g lemak adalah 340kcal. Jika dimakan jumlah kalori yang masuk dalam tubuh badan sebanyak 340 kalori.

                       (20g x 4) + (20g x 4) + (20g  9) = 340kcal

Salah satu cara nak tahu berapa nilai kalori dalam sesuatu makanan adalah dengan melihat label di makanan yang kita ambil. Contoh seperti gambar di bawah.

Gambar 1
Gambar 2

Kalori yang digunakan oleh tubuh badan pula akan ditukar kepada tenaga. Jadi apa sahaja yang dilakukan oleh kita dalam aktiviti harian semuanya menggunakan kalori. Maksudnya tenaga ini disukat mengunakan unit kalori.

Contohnya seorang perempuan dengan berat badan 60kg yang telah berjalan kaki dengan cepat selama 30 minit telah menggunakan 122kcal. Jika beliau berenang selama 30 minit akan menggunakan 328kcal.

Berjalan Cepat

Berenang
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama memahami apa itu kalori. Kalori sangat penting untuk tubuh badan kita. Jadi sangat penting mengambil tahu mengenainya.

Selain maksud kalori, perkara lain yang sangat penting juga berhubung kait dengan kalori ialah BMI,  BMR dan DCR. Nak tahu? Nantikan post yang akan datang yea.

Semoga anda semua sihat ceria bersama keluarga tersayang. Sila share jika post ini sangat bermanfaat kepada semua. Terima kasih.




Sabtu, 22 November 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Assalammualaikum selamat petang semua. 


Hari ini bermulalah persekolahan sesi hujung tahun yang panjang kan. Hehehe, masa ni emak pun suka juga. Jika tak emak-emak pun sibuk di pagi hari.



Anak-anak mesti mulalah tanya nak pergi mana jalan-jalan masa cuti sekolah ni?

Liza ada cadangan.

JAMBATAN PULAU PINANG KE DUA

Jambatan ni sangat cantik dan lebih panjang dari jambatan yang pertama.

Ni gambar-gambar yang diambil semasa melalui jambatan ini.


Dari lebuhraya PLUS

Kene pilih Plaza Tol A

Plaza tol Acasia

Memang tak banyak lagi kereta yang lalu sini

Macam kat Putrajaya pun ada, kan ?

Time ni memang memandu dengan perlahan jer, sebab nak menikmati keindahan alam

Dah nak sampai dah kat pulau

Sampi dah kat Pulau

Canti-cantik kan? Masa ni cuaca sangat cantik. terang menerang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dapat memberi idea kepada ibu bapa untuk merancang percutian masa cuti sekolah ini.

Teima kasih kerana membaca.









Sabtu, 15 November 2014

Tips Mudah Untuk Kurus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Liza nak berkongsi cara pemakanan buah-buahan yang kita makan. 

Semua orang bila kata makan buah, semua akan kata memang bagus untuk kesihatan. Nak atau tak sahaja. Ada orang yang tak suka buah-buahan. Memang satu kerugian. Lagipun kita digalakkan makan buah dengan banyak.

Pemakanan buahan ni ada cara tau. Jangan sesekali meremehkan. Orang kata jangan ambil mudah. Cara yang betul dapat membantu untuk proses diet kita. Jadi, ini salah satu tips mudah untuk kurus.

Eh! Tak percaya?

Kena percaya tau. Apa yang Liza nak terangkan ialah tentang TIPS cara pemakanan buah-buahan kita. Nak tau tak ?
Antara jenis buah-buahan
Cara Pemakanan Buah Yang Betul

Dulu, kita dari kecil diajar untuk  makan buah mesti selepas makan. Jika pergi makan kat majlis pun buah dihidang yang terakhir sekali.

Sebenarnya kita perlu makan buah-buahan sebelum makan. Ini kerana buah mengandungi gula yang baik untuk badan. Ia juga boleh membantu kita akan lebih cepat kenyang apabila memakan makanan berat selepas itu.

Tapi, Kalau makan buah-buahan selepas makan, gula bertukar jadi asid. Ini akan menyebabkan perut menjadi kembung. Masalah lain pula akan timbul. 
Bentuk HATI..Menarikkan?

Kesimpulannya, kena makan buah sebelum makan dan bukan selepas makan.

Buah sangat penting dalam DIET

Bagi yang berdiet dan memang makan buah dengan banyak, tips ini perlu diikut. Tips tambahan, saya mencadangkan sesiapa yang memang berhajat nak turunkan berat badan perlu tahu jenis gemuk masing-masing. Nak tahu tak ? Anda boleh klik di sini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jika coretan ini bermanfaat apa kata anda like dan share post ini.

Thanks for reading.








Khamis, 12 Jun 2014

Cara kenalpasti Jenis-jenis gemuk

Assalammualaikum.

Hari ini Liza nak kongsikan cara nak kenalpasti jenis-jenis gemuk. oops..tajuk macam berat jer.jangan terasa tau..

Sebelum ni Liza rasa tak penting pun nak tahu kita ni jenis gemuk apa. Liza rasa semua orang bila berat dah naik jadi sama. Gemuk is gemuk. Tidak ada beza antara orang lain. Beza nyer berat dan bentuk badan jer.



Berat liza sebelum ni 75 kg, tinggi 156 Cm. BMI 30 Obesiti tahap 1. Tanpa ilmu, Liza pun berdiet. Banyak bulan juga. tapi hasilnya berat jadi yo yo. kejap mantain. kejap turun 1 KG jer. Penat tau. Rasa macam dah nak putus asa pulak.

Sejak menyertai group Cabaran Ideal Weight, minda dah terbuka. Banyak sangat ilmu dipelajari. Masa join ni berat dah 74 Kg.





Isnin, 14 April 2014

Ostematrix Sebagai Pelawas!!

As-salam semua.

Hari ini Liza nak kongsikan salah satu supplement yang Liza dan suami sangat suka iaitu Ostematrix. 

Apa itu ostematrix? Ostematrix ialah kalsium. Ramai juga yang menggelarkannya bukan sekadar kalsium.

Kenapa disebut Ostematrix bukan sekadar kalsium? Atau bukan sekadar untuk tulang temulang? Ini kerana kandungan Ostermatrix merupakan gabungan Calcium, Magneisum lengkap dan vitamin D.


Tapi, macammana pula Ostematrix boleh jadi sebagai pelawas?

Magnesium dalam Ostematrix meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Kesan ini berlaku dengan 2 cara:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan 'menarik' air, kita dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah pengambilan supplemen magnesium.


Alhamdulillah. Liza dan suami sejak amalkan pengambilan Ostematrix ini sistem pembuangan sangat cantik. hehehee...




Ahad, 30 Mac 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) adalah HOT item yang digilai sangat-sangat.
Makanan tambahan yang wajib setiap isi rumah dan sesuai untuk semua golongan. Boleh kongsi dengan kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran yang pentingkan kesihatan diri.

Ia membekalkan tenaga kerana kaya dengan sumber protin daripada soya.

Meningkatkan sistem imun maka ia baik untuk kekal sepanjang hari.

Manfaat lain seperti awet muda, baik untuk prostat, kulit kekal remaja, membaiki pigmentasi dan membaiki memori.



✔✔ Kenapa ESP menjadi pilihan ramai ✔✔

☑ ESP dapat membantu kulit wajah berseri, anjal, mengurangkan freckles dan pigmentasi seperti awet muda

☑ ESP membantu memulihkan kedutan dan merangsang regenerasi kulit dan otot.

☑ ESP membantu dalam masalah rambut gugur dan beruban.

☑ ESP membantu menghilangkan parut jerawat.

☑ ESP memberikan tenaga yang berpanjangan juga menjadikan badan lebih cergas, lebih sihat dan kurang letih.

☑ ESP membantu memberi rasa kenyang berjam-jam.

☑ ESP membantu mengurangkan berat badan.

☑ ESP bertindak sebagai MILK BOOSTER, menambahkan penghasilan susu ibu.

☑ ESP membantu mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

☑ ESP membantu memulihkan fungsi prostat lelaki- keupayaan menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak.

☑ ESP membantu mengurangkan gejala tekanan, kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

☑ ESP membantu meningkatkan keupayaan seksual.

☑ ESP membantu menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara.

☑ ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu hamil dan membantu perkembangan fetus dalam kandungan.

✔✔ Lagi kenapa ESP begitu terlajak laris ✔✔

☑ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.

☑ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

☑ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

☑ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

☑ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda.

☑ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

☑ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes.

☑ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu.

☑ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang.

☑ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

☑ Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

☑ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.

☑ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya.

☑ ESP sesuai untuk vegetarian.






Khamis, 13 Februari 2014

Kegelapan Menakutkan !!

Tahukah Anda??


Rupanya, cahaya Lampu menyebabkan hormon menjadi sangat penat. Keadaan malam yang gelap bertindak bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Tidur yang berkualiti dalam erti bahawa otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Hormon melatonin merupakan hormon yang mampu menjaga kekuatan tubuh terhadap berbagai serangan penyakit.

Hormon melatonin tidak akan berfungsi jika kita tidur menggunakan cahaya lampu di malam hari. Alangkah bijaknya kita untuk membantu metabolisme hormon melatonin dengan tidur dalam kegelapan dengan matikan lampu sebelum tidur malam.

Tidur tanpa cahaya lampu membantu tidur seseorang semakin cepat untuk terlelap. Dengan mematikan lampu ketika tidur malam, bukan hanya merehatkan badan tapi juga meningkatkan kesihatan tubuh badan.




Ahad, 9 Februari 2014

Sijil Halal Shaklee

As salam. Hari ini Liza nak share maklumat yang sangat penting!!

Nak bagi tahu. produk Shaklee adalah produk yang halal dan telah disahkan oleh badan-badan yang ditauliahkan. Ini adalah sijil Halal untuk tahun 2014 yang baru dikeluarkan.






Khamis, 30 Januari 2014

Siapakah kita ?? Siapa..Yaa ??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada tuhannya kecuali Jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran dan Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalahorang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun". Lalu sambil berkata "Ya Rabbi Aku rheda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingatkan akan kebesaran tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas hati dengan nikmat yang ada dan sentiasa berebut-rebut menambahkan hartanya.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat juga kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang mundur dalam hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang membolehkan akan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya dia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya yakni gila.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah oarang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua sahaja.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Dipetik dari : Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz
www.albarakah.org/

Jadi kita di golongan mana yea?? Renung-renungkan.
Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...