Khamis, 12 Jun 2014

Cara kenalpasti Jenis-jenis gemuk

Assalammualaikum.

Hari ini Liza nak kongsikan cara nak kenalpasti jenis-jenis gemuk. oops..tajuk macam berat jer.jangan terasa tau..

Sebelum ni Liza rasa tak penting pun nak tahu kita ni jenis gemuk apa. Liza rasa semua orang bila berat dah naik jadi sama. Gemuk is gemuk. Tidak ada beza antara orang lain. Beza nyer berat dan bentuk badan jer.



Berat liza sebelum ni 75 kg, tinggi 156 Cm. BMI 30 Obesiti tahap 1. Tanpa ilmu, Liza pun berdiet. Banyak bulan juga. tapi hasilnya berat jadi yo yo. kejap mantain. kejap turun 1 KG jer. Penat tau. Rasa macam dah nak putus asa pulak.

Sejak menyertai group Cabaran Ideal Weight, minda dah terbuka. Banyak sangat ilmu dipelajari. Masa join ni berat dah 74 Kg.




Salah satu yang diajar adalah, kenal pasti jenis gemuk kita.


Kenapa pentingnya kita kena tahu jenis gemuk?
 
Bila kita dah tahu jenis gemuk, senang untuk kita capai matlamat. Matlamat apa? Matlamat nak kuruskan badan la. Tindakan seterusnya adalah merancang strategi untuk capaikan matlamat ini.

Terdapat 3 jenis gemuk iaitu gemuk air, gemuk angin dan gemuk daging.

Gemuk Air

# mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.

# Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

# Cara nak mengenalpasti, apabila lompat-lompat, akan rasa dan kelihatan 'lemak-lemak' di badan itu melompat bersama.

# Boleh juga diumpamakan seperti kita masukkan air dalam belon dan kemudiannya ramas belon tersebut. itulah gemuk air.
 

Gemuk Angin

# Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar atau kerap untuk sendawa atau kentut.
   
# Mudah kena sakit kepala,migrain,loya tekak atau sebu perut.

Gemuk Daging

# Badan berasa berat dan pejal.


# Mudah penat melakukan tugas harian.


# Apabila dipegang bahagian lengan contohnya, terasa lemaknya solid atau pejal.


Fast Food antara punca gemuk air kerana kandungan garam yang tinggi
 Macammana? Dah tahu jenis gemuk masing-masing?

Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Jadi, dengan mengetahui jenis gemuk ini, kita senang nak mengatur strategi untuk turunkan berat badan.

Nak dapatkan berat badan yang ideal sebenarnya boleh diperolehi dengan mudah. Hanya dengan menjaga pengambilan makanan harian kita, senaman dan pengambilan supplement dapat membantu penurunan berat badan dengan berkesan.

Nak tips dapatkan berat ideal dengan mudah dan berkesan? Nantikan entry Liza akan datang yea.

Thanks for reading! 


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan?
Hubungi Liza untuk:-
 
FREE CONSULTATION 
&
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLE


Norhaliza Saidun
Shaklee ID : 963857
norhalizasaidun@gmail.com
018-259 3693 (Call, SMS, WhatsApp)

 MARIAFIRDAUS EMPIRE, THE MOST HAPPENING SHAKLEE GROUP IN MALAYSIA!




0 ulasan:

Catat Ulasan