Selasa, 14 Januari 2014

PNEUMOTHORAX

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ada terima perkhabaran, kawan kepada suami Liza dimasukan dalam wad kemungkinan mengalami Pneumothorax.

Penyakit ni jarang di dengar tetapi boleh berlaku kepada sesiapa pun. Banyak faktor boleh meningkatkan risiko individu terkena penyakit ini.
 
Apa itu Pneumothorax? 


Ia merupakan masalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga pleural antara paru-paru dan dinding dada berlaku apabila terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru atau paru-paru itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, terdapat dua jenis pneumothorax. 

1) Boleh berlaku secara tiba-tiba atau spontan dan ini dipanggil spontaneous pneumothorax. Masalah ini berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis pada paru-paru sejak lahir dan apabila perubahan tekanan antara atmosfera dan rongga torasik berlebihan berlaku, ia akan pecah,

2) Berlaku disebabkan trauma fizikal seperti kemalangan melibatkan bahagian dinding dada seperti keretakan bahagian rusuk dan sebarang kecederaan tembus dada (tembak atau tikaman).

Selain itu, pneumothorax juga boleh berlaku sebagai kesan penyakit paru-paru, termasuk cystic fibrosis, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kanser paru-paru, asma dan jangkitan paru-paru.

Artikel penuh :


Menurut beliau lagi, individu merokok meningkatkan lagi risiko pneumothorax.


Supplement Vitamin Shaklee boleh membantu dengan pengambilan Vivix dan Omega Guard. Ada testemoni yang telah terbukti selepas penggunaan 2 supplement ini beliau telah discharge dari wad tanpa terpaksa melakukan pembedahan.

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain.





0 ulasan:

Catat Ulasan