Ahad, 19 Januari 2014

Mengapa pentingnya pengambilan supplemen?



Banyak faktor yang menyebabkan kita perlu mengambil supplemen. Antaranya kerana kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar.  Badan kita pula memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient. Contohnya untuk memastikan badan bergerak aktif, Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan. 

Penggunaan racun perosak dan racun serangga dalam penanaman sayuran dan buahan  juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang di makan.

Pencucian yang tidak betul sebelum makan akan memyebabkan bahan kimia ikut ‘bermaharajalela ‘ dalam badan.

Amalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memakan makanan mengikut selesa tanpa melihat khasiat makanan juga menyebakan kita perlukan makanan tambahan.

Gangguan penyerapan nutrisi dalam badan seperti pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol akan mengganggu penyerapan zat makanan. Kafein juga boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. Ia juga boleh mengganggu penyerapan beberapa nutrien dam tubuh.


Kehilangan Nutrien melaui cara memasak,menggoreng terlalu lama,memotong ,menyimpan bahan mentah terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kehilangan nutrien.

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain




0 ulasan:

Catat Ulasan