• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Ahad, 30 Ogos 2015

NASI AYAM CHICKEN RICE SHOP TAK SEDAP?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Nak citer, tengahari tadi LIza dan suami jalan-jalan cari makan kat Shah Alam. Hari ni cuti, so kami pun ambil kesempatan nak celebrate hari penting kami berdua.

Hari penting tu sebenarnya sebab hari Jadi Liza dan suami hampir tarikhnya. Suami 26 Ogos dan Liza pula 28 Ogos. Jadi setiap tahun memang kami raikan bersama-sama. Alhamdulillah, a lot of Syukur pada Allah SWT.

So, kami memilih nak makan-makan jer semperna celebrate ni. Pilihan kami makan kat Restoran Chicken Rice Shop jer kat Giant Shah Alam Seksyen 13.

Keadaan dalam restoren
Kenapa memilih restoran ini

Sebabnya masing-masing tak pernah makan dekat sini. So, nak mencuba. Sedap ke tidak?

Sampai jer kat restoran teragak-agak. Duduk meja terus or akan ada pelayan yang datang. Bila tengok ada buku menu kat atas meja macam gambar atas tu, kami decided ni mesti ada pelayan yang datang.

Eh! Memang betul tekaan kami ada pelayan datang tanya order. Tapi belum sempat nak selak-selak menu, pelayan wanita ni terus offer menu terbaik pada kami. Ayam Panggang Nusantara. 

Dengan kecekapan dia, kami pun setuju. Dalam hati berkata, pandai dia mempengaruhi emosi pelanggan dan akhirnya pelanggan setuju walaupun harganya boleh tahan.


Menu 
Kat atas tu menunya. Kami pilih set untuk 2 orang. Bila makanan sampai. Tu dia, puas hati. Penuh satu meja. Boleh habis ke ni. 

Berselera
Ayam Panggang Nusantara

Penuh Meja
Makanan sampai kami pun terus merasa semua makanan dahulu. Pendapat kami memang sedap. Kat bawah ni jom tengok gambar-gambar yang kami snap lagi. Menyelerakan betul!
Ayam Roasted

Nyonya Pai Tee

Sai To Fish Soup

Pak Choy With Oyster Sauce

Nasi Ayam
Alhamdulillah. Memang kenyang sangat. Liza makan tak banyak. Suami yang tolong habiskan semua. Memang puas hati. Sesuai dengan harga yang dikenakan.

Licin kecuali sup sebab agak berbau ayam..hehehe
Dah habis makan rehat sekejap kat meja. Di perhatikan ramai pelanggan bersilih ganti memasuki restoran ini. Emm boleh tahan juga.


Masa nak bayar kena pergi ke kaunter. Total kena bayar RM 46.00. Bukan RM 44.90 macam kat iklan menu sebab tukar air 1 gelas dari air Mountain Dew kepada ais milo. Bila tukar air kena caj tambahan RM 1.10. Macam KFC pula. Hehehe.

Resit
Ni resit bayaran tadi. Berbaloila juga. Liza suka sangat kat sayur Pak Choy tu. Suami pula suka Nyonya Pai Tee sebab crunchy. 

Ayam panggang nusantara ni mirip nasi penyet jer. Persamaan set nya sama. Ada 2 jenis sambal, ayam, tauhu goreng, tempe goreng dan ulam. Bezanya hanya ayam panggang dan ayam goreng.  

So, Kesimpulannya akan datang In Shaa Allah boleh datang lagi. Harap perkongsian Liza ini dapat memberi manfaat sedikit bagi siapa-siapa yang macam LIza yang pertama kali datang makan kat sini.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan indah ini.






Ahad, 8 Februari 2015

Apa Maksud Kalori?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog lizadzri. Liza doakan anda semua sihat sejahtera selalu bersama keluarga tersayang. Hari ni Liza nak share tentang kalori. 


Nak tahu, kalori sangat diperlukan oleh badan manusia. Kita perlu mengetahui jumlah keperluan kalori diri sendiri. Penting mengetahui jumlah kalori yang diperlukan kerana sangat membantu tubuh badan berfungsi dengan baik.

Tapi apa maksud kalori?

Kalori ialah satu unit tenaga atau satu unit measurement untuk tubuh badan. Nak senang faham, setiap makanan yang dimakan masuk ke dalam badan adalah dalam bentuk kalori.
Kalori pula akan digunakan oleh tubuh badan untuk ditukar menjadi tenaga. Nilai kalori dalam makanan mengandungi 3 unsur macronutrient iaitu karbohidrat, protein dan lemak. 1g Karbohidrat bersamaan 4kcal, 1g Protein bersamaan 4kcal dan 1g Lemak bersamaan 9kcal.

Sebagai contoh, pengiraan kalori dalam makanan AAA jika mengandungi 20g karbohidrat, 20g protein dan 20g lemak adalah 340kcal. Jika dimakan jumlah kalori yang masuk dalam tubuh badan sebanyak 340 kalori.

                       (20g x 4) + (20g x 4) + (20g  9) = 340kcal

Salah satu cara nak tahu berapa nilai kalori dalam sesuatu makanan adalah dengan melihat label di makanan yang kita ambil. Contoh seperti gambar di bawah.

Gambar 1
Gambar 2

Kalori yang digunakan oleh tubuh badan pula akan ditukar kepada tenaga. Jadi apa sahaja yang dilakukan oleh kita dalam aktiviti harian semuanya menggunakan kalori. Maksudnya tenaga ini disukat mengunakan unit kalori.

Contohnya seorang perempuan dengan berat badan 60kg yang telah berjalan kaki dengan cepat selama 30 minit telah menggunakan 122kcal. Jika beliau berenang selama 30 minit akan menggunakan 328kcal.

Berjalan Cepat

Berenang
Semoga dengan perkongsian ini, kita sama-sama memahami apa itu kalori. Kalori sangat penting untuk tubuh badan kita. Jadi sangat penting mengambil tahu mengenainya.

Selain maksud kalori, perkara lain yang sangat penting juga berhubung kait dengan kalori ialah BMI,  BMR dan DCR. Nak tahu? Nantikan post yang akan datang yea.

Semoga anda semua sihat ceria bersama keluarga tersayang. Sila share jika post ini sangat bermanfaat kepada semua. Terima kasih.