• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Khamis, 30 Januari 2014

Siapakah kita ?? Siapa..Yaa ??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alamin, tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada tuhannya kecuali Jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran dan Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang yang dungu kepala otaknya?
Adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.


Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalahorang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW.


Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.


Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun". Lalu sambil berkata "Ya Rabbi Aku rheda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingatkan akan kebesaran tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas hati dengan nikmat yang ada dan sentiasa berebut-rebut menambahkan hartanya.


Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat juga kekal abadi.


Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang mundur dalam hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang membolehkan akan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya dia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya yakni gila.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah oarang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua sahaja.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Dipetik dari : Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz
www.albarakah.org/

Jadi kita di golongan mana yea?? Renung-renungkan.
Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain




Ahad, 19 Januari 2014

Mengapa pentingnya pengambilan supplemen?



Banyak faktor yang menyebabkan kita perlu mengambil supplemen. Antaranya kerana kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar.  Badan kita pula memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrient. Contohnya untuk memastikan badan bergerak aktif, Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan. 

Penggunaan racun perosak dan racun serangga dalam penanaman sayuran dan buahan  juga mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran yang di makan.

Pencucian yang tidak betul sebelum makan akan memyebabkan bahan kimia ikut ‘bermaharajalela ‘ dalam badan.

Amalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memakan makanan mengikut selesa tanpa melihat khasiat makanan juga menyebakan kita perlukan makanan tambahan.

Gangguan penyerapan nutrisi dalam badan seperti pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol akan mengganggu penyerapan zat makanan. Kafein juga boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh. Ia juga boleh mengganggu penyerapan beberapa nutrien dam tubuh.


Kehilangan Nutrien melaui cara memasak,menggoreng terlalu lama,memotong ,menyimpan bahan mentah terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kehilangan nutrien.

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain




Selasa, 14 Januari 2014

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini 12 Rabiul Awal seluruh masyarakat Islam menyambut hari keputeraan Rasulullah SAW.  Alhamdulillah, Liza lihat banyak sambutan dilakukan di seluruh negara dengan pelbagai cara. Rancangan di televisyen dan corong radio banyak memperkatakan sambutan ini. Time inilah kita mendapat banyak ilmu sirah tentang kekasih kita,  Nabi Muhammad SAW.



Kelebihan Selawat:


Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»


Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Sabda Nabi SAW:

(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)


Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.


Jom kita banyakkan berselawat!! 

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain





PNEUMOTHORAX

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ada terima perkhabaran, kawan kepada suami Liza dimasukan dalam wad kemungkinan mengalami Pneumothorax.

Penyakit ni jarang di dengar tetapi boleh berlaku kepada sesiapa pun. Banyak faktor boleh meningkatkan risiko individu terkena penyakit ini.
 
Apa itu Pneumothorax? 


Ia merupakan masalah pengumpulan udara atau gas di bahagian rongga pleural antara paru-paru dan dinding dada berlaku apabila terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru atau paru-paru itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, terdapat dua jenis pneumothorax. 

1) Boleh berlaku secara tiba-tiba atau spontan dan ini dipanggil spontaneous pneumothorax. Masalah ini berlaku kepada mereka yang mempunyai gelembung udara nipis pada paru-paru sejak lahir dan apabila perubahan tekanan antara atmosfera dan rongga torasik berlebihan berlaku, ia akan pecah,

2) Berlaku disebabkan trauma fizikal seperti kemalangan melibatkan bahagian dinding dada seperti keretakan bahagian rusuk dan sebarang kecederaan tembus dada (tembak atau tikaman).

Selain itu, pneumothorax juga boleh berlaku sebagai kesan penyakit paru-paru, termasuk cystic fibrosis, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kanser paru-paru, asma dan jangkitan paru-paru.

Artikel penuh :


Menurut beliau lagi, individu merokok meningkatkan lagi risiko pneumothorax.


Supplement Vitamin Shaklee boleh membantu dengan pengambilan Vivix dan Omega Guard. Ada testemoni yang telah terbukti selepas penggunaan 2 supplement ini beliau telah discharge dari wad tanpa terpaksa melakukan pembedahan.

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain.





Rabu, 8 Januari 2014

Petua Bayi Cepat Kuat ??



Petang tadi Liza pergi melawat kawan yang baru melahirkan anak. Comel sangat-sangat. Biasalah baby asyik tido jer. Mengeliat mengalahkan orang besar jer gayanya. Usik-usik pun dia buat dekkk jer. Hehehe…

Gambar Hiasan

Lagi 7 hari baru genap 1 bulan. Tapi, MasyaAllah dah keras dan tegap. Sapa yang takut nak pegang baby pasti berani nak pegangnya. 

“ Akak keras la anak akak ni.”

“Tula, ni petua dari mak akak, lepas tali pusat jatuh, mulai hari itu boleh mandikan bayi dengan air biasa (sejuk) dan bukan air yang suam. Kesannya bayi pasti jadi cepat kuat dan tegap”.

Tapi betul, bayi ni memang dah kuat.. Petua orang lama memang bagus, mereka banyak pengalaman. 

Feel FREE to SHARE and COMMENT.

Semoga ia terus memberi manfaat kepada orang lain.




Ahad, 5 Januari 2014

Alfalfa


Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.



Pokok Alfalfa

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Alfalfa Shaklee mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga mengandungi mineral kalsium, magnesium, kalium, fosforus, zat besi, flourida, protein, mineral surih, serat, dan asid lemak. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah. Alfalfa juga telah digunakan sekian lama di Afrika sebagai milk booster untuk ibu yang menyusukan anak.



Turut dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga yang membekalkan  15 mineral, 10 vitamin dan 8 enzim.




Vitamin dan mineral dalam Alfalfa Shaklee

Vitamin A - Untuk penglihatan. Membina ketahan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan: menggalakan pertumbuhan sel, menggalakan kulit yang sihat.

Vitamin E - melindungi sel-sel daripada sinar uv, kesihatan jantung, kardiovaskular, kesihat otot, memperbaiki sistem imun badan, menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.

Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metbaolisme protein dan lemak, menggalakan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.

Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati

Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan

Kalsium - membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu pembekuan darah, mengawal rentak jantung, membantu pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.

Zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin

Kalium - membantu fungsi otot, jantung, tindakbalas enzim dan untuk digest lemak.

Fosforus - meningkatkan peranan tisu saraf.

Sodium - mengawal keseimbangan cecair dalam badan

Magnesium - mengelakkan sembelit, membantu fungsi otak dan melindungi kulit.
    dan banyak lagi vitamin dan mineral yang dijumpai yang tak dinyatakan di sini.