Sabtu, 22 September 2018

PENGALAMAN PERTAMA NAIK BECA DI MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi. Liza ucapkan semua pembaca blog lizadzri sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan. Amiinn.

Pagi ni Liza nak kongsi pengalaman pertama liza dan suami naik beca di Bandar Hilir Melaka hehehe. 

Kami sebenarnya dah banyak kali datang Melaka. Kekadang datang balik hari jer. Saja datang makan-makan dan saja jalan-jalan. Setiap kali datang, mesti pergi Banda hilir. Selalulah nampak pelawat-pelawat lain naik beca.

Jadi lawatan kali kami ambil keputusan nak merasa naik beca. Kami pergi semasa hari bekerja dan bukan waktu cuti sekolah. Sampai sana kami parking kereta di Menara Taming Sari. Masa tu banyak sangat parking. Boleh pilih mana nak. Berbanding kalau pergi waktu hari minggu. Memang susah nak cari parking.

Di menara Taming Sari, kami disapa pemandu beca. Pelawa untuk menggunakan perkhidmatannya. Caj yang dikenakan sebanyak RM 25 waktu tu. Kami akan dibawa pusing di kawasan sekitar tu jer.

Senyum je


Dengan menaiki beca, pemandu membawa kami melawat ke A'Farmosa. Beliau menceritakan serba sedikit tentang A'Farmosa ni. Dia jugalah yang tolong tangkap gambar kami berdua.






Kemudian kami dibawa ke kawasan muzium-muzium yang terdapat di sebelah A'Farmosa. Disebabkan kami tidak mahu singgah muzium, pemandu terus bawa kami ke Medan Samudera dan Muzium Samudera.

Last, kami akan di bawa ke Menara Taming Sari semula dan berakhirlah round kami naiki beca, tetapi kami request mahu ke gerai cendol Jam Besar

Sampai sana, kami order cendol Ice Cream dan Cendol Biasa satu. Penat-penat dan haus sedap pekene cendol ni. selain cendol ada lagi menu lain yang dijual. Paling menarik Liza tengok, air jus tembikai yang diblend dalam buah sahaja, tanpa dibelah dan hanya ditebuk.


Dah minum cendol, kami hanya berjalan kaki sahaja ke Taman sebelah Menara Taming Sari. Saja duduk rehat. Tak panas sebab banyak pokok. Sembang-sembang sambil tengok gelagat pelawat lalu lalang. Dah rehat, kami pun mulakan perjalanan pulang semula ke Shah Alam.



Bagi Liza, sesiapa yang bawa mak ayah yang tidak larat atau ada anak kecil sesuai juga naik beca. Tetapi bagi Liza, lagi puas kalau jalan kaki sahaja sebab tempat lawatan di Banda Hilir ni dekat antara satu sama lain. 

Setakat ini dulu perkongsian dari Liza. Semoga pengalaman ini memberi sedikit input untuk sesiapa yang mahu naik beca kat Banda Hilir ni.

Terima kasih.





1 ulasan: