• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Isnin, 30 Disember 2013

BERFIKIRAN POSITIF !



Asslammualaikum dan salam sejahtera.


Lama tidak menulis blog, hari ni sangat-sangat teruja mahu menulis. Mula berfikir, dengan menulis blog dapat memantapkan lagi mutu penulisan Liza selain dapat berkongsi pengalaman pada semua.

Sabtu lepas Liza baru sahaja selesai hadiri kursus Intensif bersama Pn Siti Aishah Zulkifli Ramond. Kelas yang sangat awesome!!  Banyak teknik yang dipelajari dan terbayang-bayang kesilapan yang telah dibuat sebelum hadir kursus ini. 


Peserta Kursus
Kesilapan bukan pematah semangat. Sebab itu Islam mewajipkan semua umatnya menuntut ilmu. Islam mewajibkan mencari ilmu bukan hanya ilmu pengetahuan malah apa saja yang membawa kemaslahatan dan berguna dalam hidup dan kehidupannya di dunia, selama tidak bertentangan dan merosak aqidah Islamiyah. 

Rasulullah SAW bersabda : "Carilah ilmu pengetahuan sekalipun hingga ke negeri Cina, bahawasanya mencari ilmu itu wajib bagi semua orang Islam". Banyak hadits lagi yang menunjukkan kewajipan kita sebagai orang Islam untuk menuntut ilmu seperti di bawah:

    

 Hadits Kewajiban Mencari Ilmu

Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan          (HR. Ibnu Abdil Barr)


Hadits Menginginkan Kebahagiaan Dunia-Akhirat Harus Wajib dengan Ilmu

Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akherat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu (HR. Turmudzi)


Hadits Menuntut Ilmu

Carilah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat. (Al Hadits)


Tahun baru pun nak menjelma. Planning 2014 perlu dibuat. Ilmu yang dipelajari boleh diaplikasi untuk perancangan yang lebih baik bagi azam tahun baru. 


Liza suka menghadiri kursus seperti ini. Salah satu faktornya adalah Liza akan berada bersama insan-insan yang telah Berjaya dan mahu Berjaya. Mereka sentiasa berfikiran positif dan berani untuk berubah. Apabila kita berada bersama orang yang sentiasa positif kita secara langsung akan berfikiran positif sama seperti mereka.


Banyak kebaikan menyertai kursus seperti ini. Selain Ilmu yang di ajar Liza akan mendapat kenalan baru dari seluruh Malaysia. Bila dah berjumpa seperti ini, mereka banyak  berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar buah fikiran dan sama-sama mendapat manfaat daripadanya. 
 




Jumaat, 4 Oktober 2013

Suka Duka Dan Kejayaan !

Assalamualaikum,

Filem atau movie bukan sahaja sumber hiburan semata mata. Tetapi jika filem atau movie yang kita tonton itu serselit mesej motivasi, ia mampu memberikan tambahan semangat atau sumber inspirasi yang baik.

Tentu ada diantara kita pernah menonton Filem dari Thai ini. Kisahnya menarik dan ia adalah dari Kisah Benar. Untuk yang belum menonton, teruskan membaca ...

   
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.


Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.


Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.


Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.


Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.


Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.


Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.


Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.


Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.


Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.


Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaannya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.


Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.


Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.


Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.


Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.


Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.


Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.


Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.


Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.


Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.


Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.


sumber : kisahbest

 




Selasa, 24 September 2013

Jem 'Gila'

 Diambil dari Google ...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu lepas adalah minggu kursus sambil bekerja bagi saya. Kebetulan pula tempat kursus tu diadakan di sekitar Lembah Kelang ( Mid Valley ), jadi saya tidak perlu mencari tempat penginapan dan tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar rumah terlalu awal. Seronok dan teruja jika perkara kursus tersebut tentang apa yang kita minati.

Dalam perjalan ke sana, perkara diluar jangka telah berlaku. Rupanya ada accident yang berlaku. Bayangkan jika pada perkiraan biasa, masa perjalanan yang perlu diambil sekitar 30 minit tetapi telah menjadi 2 jam. Yea, 2 jam sambil memandu kereta gear manual !. Dalam hati ini terdetik, macam mana la mereka yang pengguna setia Lebuhraya ini lalui rutin harian mereka.

Alhamdulilah..sejak pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee badan saya rasa lebih Cergas dan Kuat!! So, walaupun lenguh kaki tekan klac tapi fokus pada kelas tetap TERBAIK!!

Jam 7 petang, selamat tiba di My Home Sweet Home. Malam tu saya dan suami masak dan makan di rumah sahaja. Sebelum pengambilan ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee, bila sampai jer di rumah, letih dan lesunya tak tau nak cakap. Kini saya lebih cergas. Alhamdulillah ...






Selasa, 17 September 2013

8 Pintu Syurga

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian untuk kita sama-sama renumgkan.

“syurga mempunyai 8 pintu dari emas yang bertatahkan permata “


Pintu Pertama – Tertulis Laa ilaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah. Ini adalah pintu masuk bagi para nabi, mereka yang mati syahid dan orang yang dermawan


Pintu Kedua – Pintu masuk bagi orang-orang yang mengerjakan solat dengan sempurna dan menjaga wuduknya.


Pintu Ketiga – Pintu masuk bagi orang-orang yang mengeluarkan zakat bagi hartanya.


Pintu Keempat – Pintu masuk bagi orang-orang yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar.


Pintu Kelima – Pintu masuk bagi orang-orang yang menahan diri dari mengikut nafsu syahwatnya.


Pintu Keenam – Pintu masuk bagi orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah.


Pintu Ketujuh – Pintu masuk bagi orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT.


Pintu Kelapan – Pintu masuk bagi orang-orang yang memejamkan matanya dari segala macam perkara yang haram, mereka  yang mengerjakan kebaikan dan berbuat baik kepada orang tuanya serta menjalinkan silaturahim.

- Semai Benih-Benih Syurga -


Marilah kita berlumba-lumba membuat amal dan mencari keredaan Allah SWT agar kita diberi kesempatan masuk Syurga kelak.

Wassalam






Ahad, 8 September 2013

.::E-BOOK::. “SORRY BOSS!!! SAYA TERPAKSA BERHENTI KERJA”



Sebelum saya berbicara lebih panjang lebar, izinkan saya bertanya 4 soalan kepada anda: 

1)      Adakah kenaikan harga minyak 20 sen baru baru ini memberi kesan kepada hidup anda?
2)      Adakah anda mahu membaca kisah kejayaan seorang ‘engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes?
3)      Adakah anda mahu tahu peluang-peluang bisnes yang mudah dijalankan di Malaysia?
4)      Adakah anda mahu tahu tips bagaimana untuk berjaya dalam bisnes dengan mudah?
Jika jawapan anda “Ya”. Izinkan saya berkongsi dengan anda sebuah EBOOK yang istimewa.

“Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”



Ebook ini bukan ebook biasa. Ia ebook luar biasa. Ia menceritakan kisah kejayaan seorang ‘Engineer’ yang terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan buat bisnes online.

Bacalah, hayatilah kisah susah payah perjuangan seorang usahawan wanita untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya.

Di belakang beliau, ada seorang suami yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya, semata mata untuk melihat cita cita isterinya untuk berhenti kerja dan menjadi Working At Home Mum (W.A.H.M) tercapai.

Bukan mudah untuk berjaya!!! Kejayaan usahawanita ini pasti menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekiranya anda mahu tahu cara mudah untuk berjaya dalam perniagaan, bacalah ebook ini. Mudah mudahan, akan ada seorang dua di kalangan pembaca ebook ini menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Dan semoga orang itu adalah ANDA!!!

Setebal 144 muka surat. Padat dengan nasihat, motivasi dan pengajaran yang boleh dipelajari oleh kita semua.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Dapatkan EBOOK ini secara percuma di :
www.ebookniaga.com/sorryboss/norhaliza


Jika tidak keberatan, saya mohon agar anda dapat SHARE status ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.

Wassalam.




Ahad, 1 September 2013

Sungai Dalam Lautan


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding  yang membatasi keduanya.Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tidak mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu bermaksud "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20.


Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Home 





Jumaat, 16 Ogos 2013

Selamat Datang

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang dan teima kasih Liza ucapkan kepada semua kerana sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. Buat pertama kalinya Liza memiliki blog sendiri untuk tatapan semua. Excited sungguh bila berjaya memiliki blog sendiri yang selama ini hanya mampu menjengok blog teman-teman yang lain. Niat Liza mahu berkongsi pengalaman, pengetahuan dan segala cerita yang mampu menambah nilai dalam sesebuah kehidupan. Perkongsian dan komen daripada semua amat Liza harapkan dan semoga ia dapat menambah baik blog ini.

Terima kasih dan sila datang lagi...