Khamis, 2 November 2017

APA PERSEDIAAN SEBELUM MENJALANI PEMBEDAHAN INJAP JANTUNG?

PART 1

Assalammualaikum dan Selamat Malam semua. 

Lama betul Liza tak updated blog ni. Ada yang rindu ke? Liza doakan semua pembaca blog Lizadzri berada dalam keadaan sihat sejahtera. Amiinn.

Hari ini 02 November 2017. Genap 1 tahun Liza dimasukkan dalam wad di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lepas. 10 hari juga Liza dalam wad. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Liza sebelum, semasa dan selepas keluar dari wad. Syukur sangat kesihatan semakin baik. Muka pun dah segar bugar hehehe. 

Institut Jantung Negara-Sumber google

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa Liza masuk wad? Masuk wad sebab Liza nak buat major pembedahan  repair injap jantung.

Mula-mula buat keputusan nak buat pembedahan memang takut sangat. Kat fikiran macam-macam fikir. Sesiapa yang pernah hadapi sahaja tahu apa yang ada dalam fikiran.

Apa persediaan sebelum kita nak hadapi pembedahan repair injap jantung ni?

Banyak yang kita kena ambil tahu sebelum nak hadapinya. Bukan apa, bila kita bersedia kita akan bersedia dari segi fizikal dan mental. Jadi, kita akan cool jer nanti. Hehehe...

Persediaan yang Liza buat sebelum nak masuk wad adalah:

1) Minta nasihat dan maklumat yang detail mengenai sakit ini walaupun hal-hal yang sekecil kuman orang kata. Biar Doktor jawap semua soalan kita, janji kita puas hati dan terang. Sebab nanti kita yang nak hadapinya.

2) Keputusan dibuat kena ambil kira dari segi kewangan. Kewangan bukan hanya kos pembedahan sahaja. Tetapi kos selepas pembedahan juga kena diambil kira. Alhamdulillah, kos pembedahan Injap Liza guna GL insurans. 

Tau tak di IJN ada sediakan bantuan kewangan bagi Sesiapa yang hadapi masalah kewangan dan tiada insurans. IJN ada menyediakan Unit Taksiran Khas IJN. Unit Taksiran ini di bawah Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Kat mana Unit Taksiran ni? Jangan susah hati. Ada dalam IJN ni juga. Sesiapa yang memohon akan ditemuduga oleh staf Unit Taksiran ini. Dinasihatkan supaya kita membawa surat rujukan dari hospital kerajaan tau masa jumpa unit ni. Lagi satu kat surat tu kena ada cop doktor pakar dari sana. Maksudnya , jawatan doktor tu ada adalah 'Doktor Pakar'.

3) Bab ni pun sangat penting iaitu persediaan mental dan fizikal. Mental kena kuat beb. Paling Liza risau selepas pembedahan. Nak tahu apa yang Liza paling takut dan banyak juga cari maklumat pasal ni. Tentang, sakit ke bila alat bantuan pernafasan masuk dalam tekak kita. hehehe. So..Sakit ke? Nanti Liza sambung kat edisi yang lain. Tunggu yea..

Bab google blog orang ni memang Liza selalu buat. Saja nak tahu pengalaman mereka yang pernah buat pembedahan jantung ni. Google cari info apa barang yang perlu dibawa, keadaan kita selepas bedah dan penjagaan selepas balik rumah. Jadi Liza take note apa mereka buat dan ilmu ini akan digunakan nanti.

4) Amalan kerohanian pula bab yang lagi sangat-sangat penting. Kena letak Kebergantungan hanya pada Allah. Hati kena selalu positif dan fikir yang baik-baik. Apa yang kita Fikir, kita rasa, kita cakap itu adalah Doa.

Banyak lagi persediaan yang lain. Sebenarnya bergantung kepada individu itu juga. Lain orang lain persediaannya. OK, Nanti Liza sambung lagi persediaan yang perlu dibuat saat-saat akhir nak masuk wad pula yea. Nantikan tau.

Selamat malam semua.


Sila Share jika ia bermanfaat.




2 ulasan: