• Set Kurus SuperHebat

  • Tempahan Tart Buah Yang Kiut Miut

  • Bisnes dengan RM75? Ada ke?

    Anda tidak perlu mempunyai rumah kedai yang sewanya RM2000 sebulan untuk berniaga. Tidak perlu meminjam bank untuk mencari modal. Cukuplah dengan RM65 dan kehendak hati yang tinggi. Insya-Allah pasti berjaya. Saya akan tunjukkan caranya.

Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis gemuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis gemuk. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2014

Tips Mudah Untuk Kurus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Liza nak berkongsi cara pemakanan buah-buahan yang kita makan. 

Semua orang bila kata makan buah, semua akan kata memang bagus untuk kesihatan. Nak atau tak sahaja. Ada orang yang tak suka buah-buahan. Memang satu kerugian. Lagipun kita digalakkan makan buah dengan banyak.

Pemakanan buahan ni ada cara tau. Jangan sesekali meremehkan. Orang kata jangan ambil mudah. Cara yang betul dapat membantu untuk proses diet kita. Jadi, ini salah satu tips mudah untuk kurus.

Eh! Tak percaya?

Kena percaya tau. Apa yang Liza nak terangkan ialah tentang TIPS cara pemakanan buah-buahan kita. Nak tau tak ?
Antara jenis buah-buahan
Cara Pemakanan Buah Yang Betul

Dulu, kita dari kecil diajar untuk  makan buah mesti selepas makan. Jika pergi makan kat majlis pun buah dihidang yang terakhir sekali.

Sebenarnya kita perlu makan buah-buahan sebelum makan. Ini kerana buah mengandungi gula yang baik untuk badan. Ia juga boleh membantu kita akan lebih cepat kenyang apabila memakan makanan berat selepas itu.

Tapi, Kalau makan buah-buahan selepas makan, gula bertukar jadi asid. Ini akan menyebabkan perut menjadi kembung. Masalah lain pula akan timbul. 
Bentuk HATI..Menarikkan?

Kesimpulannya, kena makan buah sebelum makan dan bukan selepas makan.

Buah sangat penting dalam DIET

Bagi yang berdiet dan memang makan buah dengan banyak, tips ini perlu diikut. Tips tambahan, saya mencadangkan sesiapa yang memang berhajat nak turunkan berat badan perlu tahu jenis gemuk masing-masing. Nak tahu tak ? Anda boleh klik di sini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jika coretan ini bermanfaat apa kata anda like dan share post ini.

Thanks for reading.








Khamis, 12 Jun 2014

Cara kenalpasti Jenis-jenis gemuk

Assalammualaikum.

Hari ini Liza nak kongsikan cara nak kenalpasti jenis-jenis gemuk. oops..tajuk macam berat jer.jangan terasa tau..

Sebelum ni Liza rasa tak penting pun nak tahu kita ni jenis gemuk apa. Liza rasa semua orang bila berat dah naik jadi sama. Gemuk is gemuk. Tidak ada beza antara orang lain. Beza nyer berat dan bentuk badan jer.



Berat liza sebelum ni 75 kg, tinggi 156 Cm. BMI 30 Obesiti tahap 1. Tanpa ilmu, Liza pun berdiet. Banyak bulan juga. tapi hasilnya berat jadi yo yo. kejap mantain. kejap turun 1 KG jer. Penat tau. Rasa macam dah nak putus asa pulak.

Sejak menyertai group Cabaran Ideal Weight, minda dah terbuka. Banyak sangat ilmu dipelajari. Masa join ni berat dah 74 Kg.